Monday, October 5, 2009

Hukum Islam WAJIB ditegakkan

Kartika Sari Dewi Sukarno...seorang model telah mengaku bersalah meminum arak di kawasan terbuka. Ana tabik kepada tindakan Kartika kerana telah mengaku kesalahan diri dan merelakan hukuman rotan keatasnya Tapi perkara yang paling membuatkan hati ana sedih dan tertanya-tanya kenapa umat islam di Malaysia masih ada yang mempertikaikan hukuman hudud yang sememangnya WAJIB dilaksanakan ke atas umat islam. Sesungguhnya ALLAH SWT telah berfirman : Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
Di dalam islam terdapat 7 kesalahan yang perlu dikenakan hukuman hudud yang telah termaktub di dalam Al-Quran iaitu zina, menuduh zina, minum arak, mencuri, merompak, menderhaka dan juga murtad. Hukuman hudud perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah ditentukan di dalam Al-Quran dan juga sunnah.Hukuman hudud tidak boleh dikurangkan atau ditambah sesuka hati Al-Imam Al-Gahazali pernah menegaskan yang bermaksud ;
“ Sesungguhnya menjaga kemaslahatan dan mencegah kerosakkan adalah impian dan cita-cita seluruh makhluk,kebaikan makhluk semuanya terhenti di atas tercapainya cita-cita tersebut.Apa yang dimaksudkan dengan ‘Masalahah’ ialah memelihara tujuan Syara’.Tujuan Syara’ ada lima,iaitu menjaga agama,akal,keturunan,harta dan nyawa.Apa sahaja yang membawa kepada terpeliharanya lima perkara itu maka itu adalah maslahah.Setiap perkara yang merosakkan kelima-limanya atau salah satunya maka itu adalah keburukkan dan kerosakkan yang mesti ditentang.”
. Hukuman hudud tujuannya untuk mendidik orang yang belum buat jahat/maksiat dan untuk menghapuskan dosa-dosa si pembuat. Hukuman cara Islam tidak zalim. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 cm. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirkan anak. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan dengan kekuatan sederhana, kalau civil, kelajuan 160 km/h. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala. Sebat cara Islam juga tidak melukakan kulit pesalah. Orang yang nak sebat syaratnya mestilah alim. Islam jelas telah menggariskan cara yang begitu terperinci untuk kita melaksanakan hukuman hudud.
TAKUTKAH kita untuk melaksanakan hukuman hudud di Malaysia? Kalau kita takut, ini bermakna iman kita semua lemah, tidak percaya kepada janji-janji Allah dan kita cuba untuk mempertikaikan perintah Allah yang sudah termaktub di dalam Al-Quran. Susah sangat ke untuk kita melaksanakan hukuman ini? Tugas kita sebagai khalifah adalah melaksanakan perintah Allah dan setiap perintahnya ada hikmah tersendiri yang mungkin tidak tercapai oleh akal kita untuk memikirkan apa yang tersembunyi di sebalik semuanya. Bila kita melaksanakan hukuman hudud ini maka Allah akan mencampakkan perasaan takut di hati setiap umat islam. Ana yakin kalau hukuman hudud ini dapat dilaksanakan, I/Allah Negara kita akan berkurang dan bersih dari perkara-perkara negatif.

Ana hairan kerana tindakan keluarga Dewi yang tidak menghormati tindakan mahkamah syariah yang mana ia melaksanakan hukuman terhadap pesalah agama Islam. Sepatutnya, kerajaan Malaysia harus menggubal semula undang2 dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dibantah atau kes dari mahkamah syariah mengenai Islam tidak boleh dibawa kepada mahkamah sivil yang menjalankan kes2 bukan mengenai agama. Ini akan mengelirukan umat Islam secara tidak langsung.

Bayangkan betapa lemahnya hukum Islam di Malaysia ini, ia secara langsung menampakkan agama Islam tidak berkuasa dengan hukumannya atau peraturannya sendiri. Sudahlah hukum hudud ditolak, keputusan mahkamah syariah pula disepak dan ditendang. Dimana kita dalam menegakkan syariah Islam tu sendiri??????? apabila isu yang semudah begini pun boleh disepak dan ditendang. Fikirkanlah wahai sahabat…..

No comments:

Post a Comment