Friday, July 2, 2010

hakikat yang sebenar

Salam..
sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di sini..
Alhamdulillah,akhirnya berkesempatan jugak utk mengisi sesutu di blog ini..
artikel ni di ambil dr facebook salah seorang sahabat ana..
harap kepada semua membacanya dapat mengambil ibrah drpd apa yg ingin disampaikan..

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia,
aku ada pesanan buatnya.

Tolong beritahu si dia,
cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia,
cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,
jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,
jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia,
jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah krn di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya krn ditelapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia,
aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia,
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia,
aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia,
aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia,
aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya,
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya,
aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya,
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia,
aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia,
aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia,
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan YangMaha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diri ku suatu hari nanti...

Friday, October 16, 2009

Kita dah kembali ke zaman jahiliyah....

Antara kita sedar ataupun x, kita semua pada hari ni dah kembali ke zaman jahiliyyah.Contoh terdekat seperti yang berlaku di negara kita sendiri Malaysia. Agama islam mmg agama rasmi tapi kita takut nak laksanakan hukum islam, kononnya kita ni multi racial.Alasan yg x relevan langsung.Zaman nabi dulu pun ada pelbagai bangsa dan agama jugak.Boleh je hidup dalam pemerintahan islam.

Islam ni perlu diamalkan secara total dlm hidup kita sbg seorang muslim. Bukan sekadar ambil sebahagian yang kita suka dan tinggalkan sebahagian yang tidak kita gemari. Allah dah berfirman dalam Al-Quran :
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.
(An-Nisaa’ : 150-151)

Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna. Bila kita mengatakan mengenai satu cara hidup,ini bermaksud setiap langkah yang kita ambil, setiap tindakan yang kita lakukan, perlu berlandaskan kaedah-kaedah yang dianjurkan dan disyariatkan dalam Islam. contohnya, jika seseorang itu merupakan seorang yang mengamalkan cara hidup berteraskan hedonisme, maka setiap perbuatan yang dilakukan pasti terjurus ke arah mencari hiburan.Macam tu jugak dengan mereka yang mengamalkan cara hidup sekularisme, mereka tidak sekali-kali memandang agama sebagai satu cara hidup, sebaliknya mereka mengasingkan agama dari kehidupan seharian mereka. Namun, hanya ada satu sahaja cara hidup yang sempurna dan diredhai Allah iaitu cara hidup Islam. Firman Allah :

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
(Ali ‘Imran : 85)

Realitinya, umat Islam hari ini dengan jelas dan nyata tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam secara sempurna. Kalau difikir-fikirkan balik, selain mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji, dan mungkin sebahagian hal-hal keluarga dan perkahwinan, apakah lagi perbezaan cara hidup antara umat Islam hari ini dengan golongan bukan Islam? Logik ke satu cara hidup yang sempurna hanya berbeza dari agama dan cara hidup yang lain hanya dari aspek yang cukup kecil ni je?hakikatnya tak, namun nilah yang berlaku dalam masyarakat. Selesai rukun Islam, belajar serba sedikit rukun Iman, amalkan serba sedikit hukum-hukum Islam, maka lengkaplah Islam mereka. Itulah Islam pada persepsi mereka. Jika benar itulah Islam, jadi dimanakah keindahan Islam yang dicanang-canangkan selama ini?



Sedar x kita hari ni sebenarnya tak lagi mengamalkan cara hidup Islam?

Kita mengaku Islam, tp kita merokok. Adakah Islam membenarkan umatnya merokok?

Kita ber’couple’ dan memandang couple itu perkara normal. Adakah couple itu budaya Islam?

Kita menyambut perayaan-perayaan dengan mengadakan konsert-konsert. Adakah ini yang dikehendaki Islam?

Media-media kita penuh dengan hiburan-hiburan melampau. Akhbar kita ada ruang yang membincangkan isu agama, tapi ruang untuk sport toto tetap ada. Pemuda-pemuda kita hanyut dengan Akademi Fantisia, GangStarz, OIAM, dan macam-macam lagi program yang bertunjang hiburan. Inikah Islam?

Konsert-konsert penuh sesak walaupun harga tiket mahal. Surau-surau lengang pada hal xperlu tiket pun bila nak masuk. Jahil sungguh umat sekarang, sanggup belanja mahal-mahal untuk beli dosa tapi pahala yang percuma xpernah nak di pandang.

Jadi, layakkah kita mengaku bahawa kita adalah umat Islam yang sepatutnya diciptakan sebagai umat yang terbaik yang sentiasa mendorong kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran? Jika sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dahulu kita kenali sebagai zaman jahiliyyah, rasanye zaman sekarang ini keadaanya tidak byk beza dengan keadaan pada masa tu.

Zaman Jahiliyyah, orang sembah berhala. Zaman sekarang orang Islam kata kite sembah Allah. Tapi sejauh mana kita menyembah Allah? Cukupkah sekadar solat? Tp suruhan lain ditinggalkan. Larangan-larangan Allah kita buat. Aurat dibuka sbb nak ikut artis, nak ikut perkembangan semasa, nak up to date la kononnya. Artis melalak kat pentas-pentas, kita ikut melalak kat jalan-jalan. Ustaz berdakwah kat surau-surau, xnak pulak kite dok ikut berdakwah. Sape yang kita sembah sebenarnye ni?Sape yang kita ikut sebenarnye ni?Allah ke bukan?


Zaman Jahiliyyah perempuan-perempuan xde maruah. Dok tayang sume yang ade. Pelacuran dan zina berleluasa. Zaman sekarang zina dah makin banyak. Remaja-remaja anggap pergi dating, pegang-pegang tangan, tu sume perkara biase. Kalau tempo atau rentak pemikiran seperti ini x dibendung, x mustahil satu hari nanti, zina yang berlaku depan mata pon kite akan anggap perkara normal. Buka aurat pon da jadi hal biase. X mustahil satu hari nanti orang berbogel pon kite kate tu hak dia.

Zaman Jahiliyyah, dapat bayi perempuan, terus tanam hidup-hidup, nak jage status keluarga katanye. Zaman sekarang, orang buang bayi dah makin banyak. Nak cover malu katanye.

Zaman jahiyyah dulu riba’berleluasa. Apa beza dengan keadaan hari ini? Bank-bank semua pon mengamalkan riba’. Umat Islam pon banyak melabur dalam bidang yang melibatkan riba’.

Banyak lagi contoh-contoh yang kita semua boleh fikirkan yang mampu menjadi satu indikator bahawa hidup kita zaman sekarang sebenarnye tidak jauh beza dengan zaman sebelum kedatangan Nabi. Jadi apakah peranan kita untuk memulihkan masalah umat hari ini??? Fikirkanlah wahai sahabat seagamaku..Bangkitlah wahai umat islam semua..Keluar dari zon yang selesa ni..kiamat semakin dekat..masih ada masa untuk kita berubah..

Monday, October 12, 2009

Cinta Hamba vs Cinta ALLAH



Salam sejahtera untuk sahabat2 semua...semoga kalian semua berada dalam keadaan yg sihat..Kali ini ana nak mengupas mengenai isu cinta..sewaktu ana bersama kwn2 sebaya, kami xlepas dari menceritakan masa depan yg akan kami bina bersama insan bernama suami suatu masa nanti..tambahan lagi, dah ramai sahabat2 ana yg sudah bertemu jodoh masing2..Pernah suatu hari tu, seorg shbt bertanya kpd ana " kami semua dah jmpa jodoh kami,enti bila lagi??..ana rasa enti ni sombong sgt kot.."
Erm, agak pedih jugak ler telinga ni mndgrnya..tp ana diam jer..ana kalau masuk bab cinta ni mmg x pandai n ana x suka sgt..sebab ana sendiri x prnh bercinta n ana mmg jenis yg xsuka rapat ngan lelaki..kat sekolah dulu pun org kenal ana sebab ana ni anti-lelaki..ana xtau la knp ana xbleh ngam ngan lelaki..mgkin sebab adik beradik ana ramai perempuan n adik ana sorg jer lelaki..Lelaki dlm hidup ana cuma ada ABAH dan ADIK jer..Cinta ana hanya pada Allah dan Rasulullah..
Suatu hari, ada sahabat ana yg offer suruh baca buku karangan Fatimah Syarha yg bertajuk ' Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul'..dia kata cerita dlm buku ni ada banyak persamaan dgn diri ana..lepas ana baca buku ni, mmg ada persamaan antara kami..salah satunya mengenai jual beli cinta..kat sekolah dulu, pernah ada seorg muslimin yg cuba untk mndptkan 'cinta' ana..semuanya sebab dia dicabar oleh kwn2 yg sekepala dgn dia..tapi Alhamdulillah, disebabkan prinsip dan sikap ana yg tegas sewaktu di sekolah dulu ana x pernah terjebak dgn masalah sosial atau masalah cinta ni..



Ana setuju dgn pndgn Fatimah Syarha mengenai tiada cinta sebelum perkahwinan..mmg cinta tu fitrah..tp fitrah tu biarlah dilandasan yg betul..jgn bercinta sebelum berkahwin..nanti xde keberkatan dlm perkahwinan..lgpun islam xpernah menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan bukan mahram..kita kena igt, kita ni org islam bukannya org barat yg sesuka hati menjalin hbungan tanpa ada apa2 ikatan..jaga maruah dan nama baik keluarga..kalau betul seseorang lelaki tu suka, berani dan serius pada kita, dia tentu terus berjumpa dengan keluarga kita..
Bagi golongan wanita ni jgn percaya sgt pada lelaki ni..mcm tu jugak ngan lelaki, jgn percaya sgt ngan wanita..kalau hati dia baik, kita akan nampak dari tingkah lakunya..dari situ kita dah boleh nilai.. Jangan mudah menyerah mengikut telunjuk nafsu..berfikir biarlah dgn iman bukan guna akal je..

Monday, October 5, 2009

Hukum Islam WAJIB ditegakkan

Kartika Sari Dewi Sukarno...seorang model telah mengaku bersalah meminum arak di kawasan terbuka. Ana tabik kepada tindakan Kartika kerana telah mengaku kesalahan diri dan merelakan hukuman rotan keatasnya Tapi perkara yang paling membuatkan hati ana sedih dan tertanya-tanya kenapa umat islam di Malaysia masih ada yang mempertikaikan hukuman hudud yang sememangnya WAJIB dilaksanakan ke atas umat islam. Sesungguhnya ALLAH SWT telah berfirman : Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
Di dalam islam terdapat 7 kesalahan yang perlu dikenakan hukuman hudud yang telah termaktub di dalam Al-Quran iaitu zina, menuduh zina, minum arak, mencuri, merompak, menderhaka dan juga murtad. Hukuman hudud perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah ditentukan di dalam Al-Quran dan juga sunnah.Hukuman hudud tidak boleh dikurangkan atau ditambah sesuka hati Al-Imam Al-Gahazali pernah menegaskan yang bermaksud ;
“ Sesungguhnya menjaga kemaslahatan dan mencegah kerosakkan adalah impian dan cita-cita seluruh makhluk,kebaikan makhluk semuanya terhenti di atas tercapainya cita-cita tersebut.Apa yang dimaksudkan dengan ‘Masalahah’ ialah memelihara tujuan Syara’.Tujuan Syara’ ada lima,iaitu menjaga agama,akal,keturunan,harta dan nyawa.Apa sahaja yang membawa kepada terpeliharanya lima perkara itu maka itu adalah maslahah.Setiap perkara yang merosakkan kelima-limanya atau salah satunya maka itu adalah keburukkan dan kerosakkan yang mesti ditentang.”
. Hukuman hudud tujuannya untuk mendidik orang yang belum buat jahat/maksiat dan untuk menghapuskan dosa-dosa si pembuat. Hukuman cara Islam tidak zalim. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 cm. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirkan anak. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan dengan kekuatan sederhana, kalau civil, kelajuan 160 km/h. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala. Sebat cara Islam juga tidak melukakan kulit pesalah. Orang yang nak sebat syaratnya mestilah alim. Islam jelas telah menggariskan cara yang begitu terperinci untuk kita melaksanakan hukuman hudud.
TAKUTKAH kita untuk melaksanakan hukuman hudud di Malaysia? Kalau kita takut, ini bermakna iman kita semua lemah, tidak percaya kepada janji-janji Allah dan kita cuba untuk mempertikaikan perintah Allah yang sudah termaktub di dalam Al-Quran. Susah sangat ke untuk kita melaksanakan hukuman ini? Tugas kita sebagai khalifah adalah melaksanakan perintah Allah dan setiap perintahnya ada hikmah tersendiri yang mungkin tidak tercapai oleh akal kita untuk memikirkan apa yang tersembunyi di sebalik semuanya. Bila kita melaksanakan hukuman hudud ini maka Allah akan mencampakkan perasaan takut di hati setiap umat islam. Ana yakin kalau hukuman hudud ini dapat dilaksanakan, I/Allah Negara kita akan berkurang dan bersih dari perkara-perkara negatif.

Ana hairan kerana tindakan keluarga Dewi yang tidak menghormati tindakan mahkamah syariah yang mana ia melaksanakan hukuman terhadap pesalah agama Islam. Sepatutnya, kerajaan Malaysia harus menggubal semula undang2 dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dibantah atau kes dari mahkamah syariah mengenai Islam tidak boleh dibawa kepada mahkamah sivil yang menjalankan kes2 bukan mengenai agama. Ini akan mengelirukan umat Islam secara tidak langsung.

Bayangkan betapa lemahnya hukum Islam di Malaysia ini, ia secara langsung menampakkan agama Islam tidak berkuasa dengan hukumannya atau peraturannya sendiri. Sudahlah hukum hudud ditolak, keputusan mahkamah syariah pula disepak dan ditendang. Dimana kita dalam menegakkan syariah Islam tu sendiri??????? apabila isu yang semudah begini pun boleh disepak dan ditendang. Fikirkanlah wahai sahabat…..

Sunday, September 27, 2009

Penyalahgunaan internet menurut perspektif islam

KEMUNCULAN Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka. Saya ingin mengulas secara ringkas tentang hak kebebasan bersuara di alam siber, kedudukan dan peranannya di Malaysia dari segi undang-undang statutori yang ada sekarang.

Kebebasan bersuara dan penafian maklumat
Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di negara kita, juga di negara lain. Dengan perkembangan Internet, timbullah tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.
Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.
Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.
Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.
Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam seperti bahan lucah, bahan propaganda Nazi, bahan yang boleh menyebabkan ancaman kepada kesihatan awam seperti iklan-iklan ubatan dan racun yang memerlukan preskripsi doktor, bahan yang boleh menyebabkan ancaman kepada negara seperti cara-cara membuat bom, bahan api dan sebagainya dan perbuatan jenayah.
Antara negara-negara yang termasuk dalam kategori ini adalah Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom dan Singapura.
Kebebasan bersuara dan penyalahgunaan Internet
Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Tetapi malangnya penyalahgunaan Internet berleluasa pada masa ini. Langkah-langkah perlu diambil dan dikenal pasti supaya Internet terus kekal sebagai alat komunikasi yang unggul pada abad ini.
Antara perbualan-perbualan yang boleh membawa ancaman kepada masyarakat dan patut dikawal adalah bahan lucah, judi siber, fitnah dan gangguan seksual.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 ada memperuntukkan penubuhan satu Forum Pengisian yang akan menentukan etika-etika dan garis panduan yang patut diikuti dalam dunia siber. Seksyen 231 Akta tersebut membolehkan pengawalan bahan-bahan yang menyalahi, tidak sopan dan tidak senonoh. Namun sehingga kini, garis panduan tatasusila pengisian ini masih belum disempurnakan lagi.
Garis panduan ini hanya membatasi isi-isi kandungan laman web dan sesetengah salah laku pengguna dan bukanlah berperanan sebagai badan penapisan. Antara salah laku pengguna Internet yang merisaukan adalah spamming, virus, hacking, e-mail bombing, denial of service attack, penggunaan `robot', penggunaan kata laluan orang lain dan sebagainya.
Penggunaan dunia siber untuk melakukan perbuatan jenayah adalah suatu yang dimaklumi. Perbuatan-perbuatan seperti tipu, bahan lucah, piramid, judi siber, penipuan kad kredit, peras ugut, pengintipan industri, pelaburan haram dan sebagainya seharusnya dikawal selia untuk mengelakkan dunia siber daripada menjadi dunia liar seperti the wild wild west. Perbuatan-perbuatan tersebut adalah salah di bawah peruntukan sekarang dan seharusnya dianggap sebagai kesalahan di dunia siber juga. Sekiranya tidak, dunia siber akan menjadi pusat jenayah dan seterusnya membantut usaha-usaha untuk memantapkan Internet sebagai pemantau K-ekonomi.
Kebebasan bersuara dalam Islam
Terdapat ayat-ayat al-Quran yang memperuntukkan hak-hak manusia yang perlu dihormati. Antara hak-hak tersebut adalah hak untuk hidup, hak untuk mengumpul dan memiliki harta, hak untuk bersendirian tanpa gangguan, hak untuk bergerak, hak ke atas anak-anak, hak untuk keadilan, hak ke atas maruah dan penghormatan seseorang, persamaan di bawah undang-undang dan sebagainya. Dalam hal ini, Prof. Hashim Kamali di dalam bukunya Freedom of Expression in Islam, menolak pemikiran orientalis yang mengatakan bahawa Islam hanyalah agama yang mementingkan perihal ritual ibadah sahaja. Malah, katanya, terdapat banyak hak-hak asasi manusia yang dipandang tinggi dalam Islam.
Menurut pendapat Prof. Hashim Kamali, hak bersuara boleh dimanifestasikan dalam beberapa keadaan. Pertama hak untuk memberi nasihat kepada orang yang melakukan kesalahan (Nasihah). Kedua, hak untuk berunding dan bermesyuarat (Syura). Ketiga hak untuk membuat `ijtihad.
Keempat hak untuk mengkritik orang lain (Hurriyyat al Mu'aradah). Kelima kebebasan pendapat (Hurriyyat al-Ra'y) dan keenam kebebasan untuk berpersatuan dan ketujuh kebebasan beragama (al-Hurriyyah al-Diniyyah). Kesemua hak ini adalah bersandarkan kepada nas-nas al-Quran yang `sarih' (nyata).
Daripada penulisan Prof. tersebut, jelaslah konsep kebebasan bersuara adalah bukan suatu konsep yang ganjil dan tidak diiktiraf dalam Islam, malahan sebaliknya.
Keunggulan Internet sebagai alat komunikasi yang canggih seharusnya tidak dipandang sebagai satu ancaman. Kebebasan bersuara yang sekarang dipraktikkan dalam dunia siber di Malaysia mampu membawa banyak kesan yang positif. Ia dapat melahirkan rakyat yang celik dan cerdik, yang terdedah kepada perkembangan, pemikiran, idea-idea yang terkini dan ini menyemarakkan lagi budaya ilmu dan fikir di kalangan masyarakat.
Amalan penapisan berpolitik dan menapis ideologi hanya akan melahirkan generasi yang tidak mampu berfikir secara kendiri, waras dan bijak. Malah kebanyakan pengguna IT lebih canggih dan berkemampuan untuk membezakan antara yang benar dan salah. Kebimbangan bahawa perang ideologi di dalam Internet membahayakan orang awam sepatutnya tidak timbul sama sekali dalam alaf baru ini.
* Artikel ini diambil dari KERTAS kerja yg dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Harun Mahmud Hashim, Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM )...

Sunday, September 6, 2009

UJIAN DARI ALLAH TANDA KASIH SAYANG..

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan melalui kesenangan dan kemewahanlah yang menjadikan punca rosaknya kebanyakan manusia pada hari ini.sebaliknya orang yang dididik dengan kesusahan dan kepayahan akan menjadikan manusia yang beragama berjaya dalam hidup.Ini adalah lumrah kehidupan sebagai makhluk-Nya didunia ini. Itulah kebenarannya.Dan kalau kita manusia nampak rahsia ini, apalagi Allah s.w.t Tuhan yang menciptakan kita.Dia amat lah tahu bahawa demi menyelamatkan seorang manusia, caranya ialah susah-susahkan,diuji, dihukum dan diberi tanggungjawab yang berat dan penting..itulah tanda sayang dan cinta yang sebenarnya.

Nabi kita sendiri, Muhammad s.a.w diburu oleh kaumnya untuk dibunuh, yatim piatu, tidak tahu membaca dan menulis.Menjadi pengembala kambing dan berkali-kali memasuki medan peperangan.
Orang –orang yang tinggi darjatnya disisi Allah maka merekalah yang paling berat ujiannya.Orang yang mengaku beriman ,dan beramal tetapi ujian-ujian tidak banyak menimpa dirinya,bererti Allah belum memberi perhatian istimewa kepadanya.Orang yang disayangi oleh Allah swt akan diuji dan dihukum oleh Allah tanpa ditangguh-tangguh lagi.
Kebanyakan daripada para nabi, oleh kerana melakukan amalan yang menyalahi (khilafulaula), terus ditegur bahkan dihukum oleh Allah, walhal perkara ini bukanlah membawa dosa.Rasulullah saw pada suatu ketika pernah tidak melayani Abdullah Bin Maktum yang buta matanya kerana membesarkan pembesar-pembesar Quraisy yang datang mengadapnya.
Allah terus menegur di mana teguran itu diabadikan di dalam Al-Quran dengan maksudnya,: “Tahukah kamubarangkali ia ingin membersihkan dirinya atau dia ingin mendapatkanpengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya”
Begitu juga Nabi Sulaiman ,kerana tidak menyebut Insya-Allah maka Allah telah menarik segala kemampuannya untuk menghubungi 99 orang Islam dalam satu malam.Nabi Yunus pula, oleh kerana merajuk dengan kaumnya terus mendapat hukuman, iaitu dimakan olh ikan Nun.
Kisah –kisah tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah swt akan memberikan teguran dengan segera kepada hamba-hamba yang kasihinya agar mereka segera menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan segera memperbetulkannya.Hal yang sama juga berlaku ke atas diri kita.
Oleh itu bagi kita,terutamanya orang –orang yang banyak beribadah, berzikir dan berjuang, maka sememangnyalah akan selalu diuji oleh Allh swt.Ujian boleh menghapuskan dosa atau menaikkan darjat di sisi Allah swt.Sentiasalah kita memperingati diri bahawa segala kesusahan yang menimpa kita adalah ujian dari-Nya ,kerana sesudah nya ialah nikmat pula.Sebaliknya apabila diberi nikmat beringatlah kerana bahawasanya sesudahnya ialah ujian.
Maka marilah kita sebagai hamba yang berada antara dua pemberian ini, menerimanya dengan penuh sabar,syukur tawakal redha dan berbaik sangka dengan Allah swt. Moga – moga Allah menyambut kita dengan sebaik-baiknya, di hari pertemuan dengan-Nya nanti.Iaitu di hari perhitungan untuk di hisab segala perbuatan baik dan jahat yang telah kita lakukan. DIPETIK DARI DZUL NURAIN (APR 03)

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang
Berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy.
Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.



Allah ciptakan hamba-hambanya yang pintar. Mereka meninggalkan dunia dan menghindari fitnah. Mereka melihat dunia dan isinya. Takkala mereka tahu, mereka menggangap dunia ini bukanlah tempat tinggal yang abadi. Bagi mereka dunia tidak ubah seperti samudera yang sangat dalam dan bahteranya adalah amal soleh dan iman.

Wanita Solehah
Penghibur Hati
Wanita solehah
Sentiasa tenang jiwanya
Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan
Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah;
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua :
tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman
Berwaspada dengan firman Allah :
" Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap
cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah Tuhan selain Aku