Friday, October 16, 2009

Kita dah kembali ke zaman jahiliyah....

Antara kita sedar ataupun x, kita semua pada hari ni dah kembali ke zaman jahiliyyah.Contoh terdekat seperti yang berlaku di negara kita sendiri Malaysia. Agama islam mmg agama rasmi tapi kita takut nak laksanakan hukum islam, kononnya kita ni multi racial.Alasan yg x relevan langsung.Zaman nabi dulu pun ada pelbagai bangsa dan agama jugak.Boleh je hidup dalam pemerintahan islam.

Islam ni perlu diamalkan secara total dlm hidup kita sbg seorang muslim. Bukan sekadar ambil sebahagian yang kita suka dan tinggalkan sebahagian yang tidak kita gemari. Allah dah berfirman dalam Al-Quran :
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.
(An-Nisaa’ : 150-151)

Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna. Bila kita mengatakan mengenai satu cara hidup,ini bermaksud setiap langkah yang kita ambil, setiap tindakan yang kita lakukan, perlu berlandaskan kaedah-kaedah yang dianjurkan dan disyariatkan dalam Islam. contohnya, jika seseorang itu merupakan seorang yang mengamalkan cara hidup berteraskan hedonisme, maka setiap perbuatan yang dilakukan pasti terjurus ke arah mencari hiburan.Macam tu jugak dengan mereka yang mengamalkan cara hidup sekularisme, mereka tidak sekali-kali memandang agama sebagai satu cara hidup, sebaliknya mereka mengasingkan agama dari kehidupan seharian mereka. Namun, hanya ada satu sahaja cara hidup yang sempurna dan diredhai Allah iaitu cara hidup Islam. Firman Allah :

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
(Ali ‘Imran : 85)

Realitinya, umat Islam hari ini dengan jelas dan nyata tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam secara sempurna. Kalau difikir-fikirkan balik, selain mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji, dan mungkin sebahagian hal-hal keluarga dan perkahwinan, apakah lagi perbezaan cara hidup antara umat Islam hari ini dengan golongan bukan Islam? Logik ke satu cara hidup yang sempurna hanya berbeza dari agama dan cara hidup yang lain hanya dari aspek yang cukup kecil ni je?hakikatnya tak, namun nilah yang berlaku dalam masyarakat. Selesai rukun Islam, belajar serba sedikit rukun Iman, amalkan serba sedikit hukum-hukum Islam, maka lengkaplah Islam mereka. Itulah Islam pada persepsi mereka. Jika benar itulah Islam, jadi dimanakah keindahan Islam yang dicanang-canangkan selama ini?



Sedar x kita hari ni sebenarnya tak lagi mengamalkan cara hidup Islam?

Kita mengaku Islam, tp kita merokok. Adakah Islam membenarkan umatnya merokok?

Kita ber’couple’ dan memandang couple itu perkara normal. Adakah couple itu budaya Islam?

Kita menyambut perayaan-perayaan dengan mengadakan konsert-konsert. Adakah ini yang dikehendaki Islam?

Media-media kita penuh dengan hiburan-hiburan melampau. Akhbar kita ada ruang yang membincangkan isu agama, tapi ruang untuk sport toto tetap ada. Pemuda-pemuda kita hanyut dengan Akademi Fantisia, GangStarz, OIAM, dan macam-macam lagi program yang bertunjang hiburan. Inikah Islam?

Konsert-konsert penuh sesak walaupun harga tiket mahal. Surau-surau lengang pada hal xperlu tiket pun bila nak masuk. Jahil sungguh umat sekarang, sanggup belanja mahal-mahal untuk beli dosa tapi pahala yang percuma xpernah nak di pandang.

Jadi, layakkah kita mengaku bahawa kita adalah umat Islam yang sepatutnya diciptakan sebagai umat yang terbaik yang sentiasa mendorong kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran? Jika sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dahulu kita kenali sebagai zaman jahiliyyah, rasanye zaman sekarang ini keadaanya tidak byk beza dengan keadaan pada masa tu.

Zaman Jahiliyyah, orang sembah berhala. Zaman sekarang orang Islam kata kite sembah Allah. Tapi sejauh mana kita menyembah Allah? Cukupkah sekadar solat? Tp suruhan lain ditinggalkan. Larangan-larangan Allah kita buat. Aurat dibuka sbb nak ikut artis, nak ikut perkembangan semasa, nak up to date la kononnya. Artis melalak kat pentas-pentas, kita ikut melalak kat jalan-jalan. Ustaz berdakwah kat surau-surau, xnak pulak kite dok ikut berdakwah. Sape yang kita sembah sebenarnye ni?Sape yang kita ikut sebenarnye ni?Allah ke bukan?


Zaman Jahiliyyah perempuan-perempuan xde maruah. Dok tayang sume yang ade. Pelacuran dan zina berleluasa. Zaman sekarang zina dah makin banyak. Remaja-remaja anggap pergi dating, pegang-pegang tangan, tu sume perkara biase. Kalau tempo atau rentak pemikiran seperti ini x dibendung, x mustahil satu hari nanti, zina yang berlaku depan mata pon kite akan anggap perkara normal. Buka aurat pon da jadi hal biase. X mustahil satu hari nanti orang berbogel pon kite kate tu hak dia.

Zaman Jahiliyyah, dapat bayi perempuan, terus tanam hidup-hidup, nak jage status keluarga katanye. Zaman sekarang, orang buang bayi dah makin banyak. Nak cover malu katanye.

Zaman jahiyyah dulu riba’berleluasa. Apa beza dengan keadaan hari ini? Bank-bank semua pon mengamalkan riba’. Umat Islam pon banyak melabur dalam bidang yang melibatkan riba’.

Banyak lagi contoh-contoh yang kita semua boleh fikirkan yang mampu menjadi satu indikator bahawa hidup kita zaman sekarang sebenarnye tidak jauh beza dengan zaman sebelum kedatangan Nabi. Jadi apakah peranan kita untuk memulihkan masalah umat hari ini??? Fikirkanlah wahai sahabat seagamaku..Bangkitlah wahai umat islam semua..Keluar dari zon yang selesa ni..kiamat semakin dekat..masih ada masa untuk kita berubah..

Monday, October 12, 2009

Cinta Hamba vs Cinta ALLAH



Salam sejahtera untuk sahabat2 semua...semoga kalian semua berada dalam keadaan yg sihat..Kali ini ana nak mengupas mengenai isu cinta..sewaktu ana bersama kwn2 sebaya, kami xlepas dari menceritakan masa depan yg akan kami bina bersama insan bernama suami suatu masa nanti..tambahan lagi, dah ramai sahabat2 ana yg sudah bertemu jodoh masing2..Pernah suatu hari tu, seorg shbt bertanya kpd ana " kami semua dah jmpa jodoh kami,enti bila lagi??..ana rasa enti ni sombong sgt kot.."
Erm, agak pedih jugak ler telinga ni mndgrnya..tp ana diam jer..ana kalau masuk bab cinta ni mmg x pandai n ana x suka sgt..sebab ana sendiri x prnh bercinta n ana mmg jenis yg xsuka rapat ngan lelaki..kat sekolah dulu pun org kenal ana sebab ana ni anti-lelaki..ana xtau la knp ana xbleh ngam ngan lelaki..mgkin sebab adik beradik ana ramai perempuan n adik ana sorg jer lelaki..Lelaki dlm hidup ana cuma ada ABAH dan ADIK jer..Cinta ana hanya pada Allah dan Rasulullah..
Suatu hari, ada sahabat ana yg offer suruh baca buku karangan Fatimah Syarha yg bertajuk ' Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul'..dia kata cerita dlm buku ni ada banyak persamaan dgn diri ana..lepas ana baca buku ni, mmg ada persamaan antara kami..salah satunya mengenai jual beli cinta..kat sekolah dulu, pernah ada seorg muslimin yg cuba untk mndptkan 'cinta' ana..semuanya sebab dia dicabar oleh kwn2 yg sekepala dgn dia..tapi Alhamdulillah, disebabkan prinsip dan sikap ana yg tegas sewaktu di sekolah dulu ana x pernah terjebak dgn masalah sosial atau masalah cinta ni..



Ana setuju dgn pndgn Fatimah Syarha mengenai tiada cinta sebelum perkahwinan..mmg cinta tu fitrah..tp fitrah tu biarlah dilandasan yg betul..jgn bercinta sebelum berkahwin..nanti xde keberkatan dlm perkahwinan..lgpun islam xpernah menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan bukan mahram..kita kena igt, kita ni org islam bukannya org barat yg sesuka hati menjalin hbungan tanpa ada apa2 ikatan..jaga maruah dan nama baik keluarga..kalau betul seseorang lelaki tu suka, berani dan serius pada kita, dia tentu terus berjumpa dengan keluarga kita..
Bagi golongan wanita ni jgn percaya sgt pada lelaki ni..mcm tu jugak ngan lelaki, jgn percaya sgt ngan wanita..kalau hati dia baik, kita akan nampak dari tingkah lakunya..dari situ kita dah boleh nilai.. Jangan mudah menyerah mengikut telunjuk nafsu..berfikir biarlah dgn iman bukan guna akal je..

Monday, October 5, 2009

Hukum Islam WAJIB ditegakkan

Kartika Sari Dewi Sukarno...seorang model telah mengaku bersalah meminum arak di kawasan terbuka. Ana tabik kepada tindakan Kartika kerana telah mengaku kesalahan diri dan merelakan hukuman rotan keatasnya Tapi perkara yang paling membuatkan hati ana sedih dan tertanya-tanya kenapa umat islam di Malaysia masih ada yang mempertikaikan hukuman hudud yang sememangnya WAJIB dilaksanakan ke atas umat islam. Sesungguhnya ALLAH SWT telah berfirman : Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
Di dalam islam terdapat 7 kesalahan yang perlu dikenakan hukuman hudud yang telah termaktub di dalam Al-Quran iaitu zina, menuduh zina, minum arak, mencuri, merompak, menderhaka dan juga murtad. Hukuman hudud perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah ditentukan di dalam Al-Quran dan juga sunnah.Hukuman hudud tidak boleh dikurangkan atau ditambah sesuka hati Al-Imam Al-Gahazali pernah menegaskan yang bermaksud ;
“ Sesungguhnya menjaga kemaslahatan dan mencegah kerosakkan adalah impian dan cita-cita seluruh makhluk,kebaikan makhluk semuanya terhenti di atas tercapainya cita-cita tersebut.Apa yang dimaksudkan dengan ‘Masalahah’ ialah memelihara tujuan Syara’.Tujuan Syara’ ada lima,iaitu menjaga agama,akal,keturunan,harta dan nyawa.Apa sahaja yang membawa kepada terpeliharanya lima perkara itu maka itu adalah maslahah.Setiap perkara yang merosakkan kelima-limanya atau salah satunya maka itu adalah keburukkan dan kerosakkan yang mesti ditentang.”
. Hukuman hudud tujuannya untuk mendidik orang yang belum buat jahat/maksiat dan untuk menghapuskan dosa-dosa si pembuat. Hukuman cara Islam tidak zalim. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 cm. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirkan anak. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan dengan kekuatan sederhana, kalau civil, kelajuan 160 km/h. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala. Sebat cara Islam juga tidak melukakan kulit pesalah. Orang yang nak sebat syaratnya mestilah alim. Islam jelas telah menggariskan cara yang begitu terperinci untuk kita melaksanakan hukuman hudud.
TAKUTKAH kita untuk melaksanakan hukuman hudud di Malaysia? Kalau kita takut, ini bermakna iman kita semua lemah, tidak percaya kepada janji-janji Allah dan kita cuba untuk mempertikaikan perintah Allah yang sudah termaktub di dalam Al-Quran. Susah sangat ke untuk kita melaksanakan hukuman ini? Tugas kita sebagai khalifah adalah melaksanakan perintah Allah dan setiap perintahnya ada hikmah tersendiri yang mungkin tidak tercapai oleh akal kita untuk memikirkan apa yang tersembunyi di sebalik semuanya. Bila kita melaksanakan hukuman hudud ini maka Allah akan mencampakkan perasaan takut di hati setiap umat islam. Ana yakin kalau hukuman hudud ini dapat dilaksanakan, I/Allah Negara kita akan berkurang dan bersih dari perkara-perkara negatif.

Ana hairan kerana tindakan keluarga Dewi yang tidak menghormati tindakan mahkamah syariah yang mana ia melaksanakan hukuman terhadap pesalah agama Islam. Sepatutnya, kerajaan Malaysia harus menggubal semula undang2 dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dibantah atau kes dari mahkamah syariah mengenai Islam tidak boleh dibawa kepada mahkamah sivil yang menjalankan kes2 bukan mengenai agama. Ini akan mengelirukan umat Islam secara tidak langsung.

Bayangkan betapa lemahnya hukum Islam di Malaysia ini, ia secara langsung menampakkan agama Islam tidak berkuasa dengan hukumannya atau peraturannya sendiri. Sudahlah hukum hudud ditolak, keputusan mahkamah syariah pula disepak dan ditendang. Dimana kita dalam menegakkan syariah Islam tu sendiri??????? apabila isu yang semudah begini pun boleh disepak dan ditendang. Fikirkanlah wahai sahabat…..

Sunday, September 27, 2009

Penyalahgunaan internet menurut perspektif islam

KEMUNCULAN Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka. Saya ingin mengulas secara ringkas tentang hak kebebasan bersuara di alam siber, kedudukan dan peranannya di Malaysia dari segi undang-undang statutori yang ada sekarang.

Kebebasan bersuara dan penafian maklumat
Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di negara kita, juga di negara lain. Dengan perkembangan Internet, timbullah tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.
Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.
Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.
Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.
Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam seperti bahan lucah, bahan propaganda Nazi, bahan yang boleh menyebabkan ancaman kepada kesihatan awam seperti iklan-iklan ubatan dan racun yang memerlukan preskripsi doktor, bahan yang boleh menyebabkan ancaman kepada negara seperti cara-cara membuat bom, bahan api dan sebagainya dan perbuatan jenayah.
Antara negara-negara yang termasuk dalam kategori ini adalah Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom dan Singapura.
Kebebasan bersuara dan penyalahgunaan Internet
Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Tetapi malangnya penyalahgunaan Internet berleluasa pada masa ini. Langkah-langkah perlu diambil dan dikenal pasti supaya Internet terus kekal sebagai alat komunikasi yang unggul pada abad ini.
Antara perbualan-perbualan yang boleh membawa ancaman kepada masyarakat dan patut dikawal adalah bahan lucah, judi siber, fitnah dan gangguan seksual.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 ada memperuntukkan penubuhan satu Forum Pengisian yang akan menentukan etika-etika dan garis panduan yang patut diikuti dalam dunia siber. Seksyen 231 Akta tersebut membolehkan pengawalan bahan-bahan yang menyalahi, tidak sopan dan tidak senonoh. Namun sehingga kini, garis panduan tatasusila pengisian ini masih belum disempurnakan lagi.
Garis panduan ini hanya membatasi isi-isi kandungan laman web dan sesetengah salah laku pengguna dan bukanlah berperanan sebagai badan penapisan. Antara salah laku pengguna Internet yang merisaukan adalah spamming, virus, hacking, e-mail bombing, denial of service attack, penggunaan `robot', penggunaan kata laluan orang lain dan sebagainya.
Penggunaan dunia siber untuk melakukan perbuatan jenayah adalah suatu yang dimaklumi. Perbuatan-perbuatan seperti tipu, bahan lucah, piramid, judi siber, penipuan kad kredit, peras ugut, pengintipan industri, pelaburan haram dan sebagainya seharusnya dikawal selia untuk mengelakkan dunia siber daripada menjadi dunia liar seperti the wild wild west. Perbuatan-perbuatan tersebut adalah salah di bawah peruntukan sekarang dan seharusnya dianggap sebagai kesalahan di dunia siber juga. Sekiranya tidak, dunia siber akan menjadi pusat jenayah dan seterusnya membantut usaha-usaha untuk memantapkan Internet sebagai pemantau K-ekonomi.
Kebebasan bersuara dalam Islam
Terdapat ayat-ayat al-Quran yang memperuntukkan hak-hak manusia yang perlu dihormati. Antara hak-hak tersebut adalah hak untuk hidup, hak untuk mengumpul dan memiliki harta, hak untuk bersendirian tanpa gangguan, hak untuk bergerak, hak ke atas anak-anak, hak untuk keadilan, hak ke atas maruah dan penghormatan seseorang, persamaan di bawah undang-undang dan sebagainya. Dalam hal ini, Prof. Hashim Kamali di dalam bukunya Freedom of Expression in Islam, menolak pemikiran orientalis yang mengatakan bahawa Islam hanyalah agama yang mementingkan perihal ritual ibadah sahaja. Malah, katanya, terdapat banyak hak-hak asasi manusia yang dipandang tinggi dalam Islam.
Menurut pendapat Prof. Hashim Kamali, hak bersuara boleh dimanifestasikan dalam beberapa keadaan. Pertama hak untuk memberi nasihat kepada orang yang melakukan kesalahan (Nasihah). Kedua, hak untuk berunding dan bermesyuarat (Syura). Ketiga hak untuk membuat `ijtihad.
Keempat hak untuk mengkritik orang lain (Hurriyyat al Mu'aradah). Kelima kebebasan pendapat (Hurriyyat al-Ra'y) dan keenam kebebasan untuk berpersatuan dan ketujuh kebebasan beragama (al-Hurriyyah al-Diniyyah). Kesemua hak ini adalah bersandarkan kepada nas-nas al-Quran yang `sarih' (nyata).
Daripada penulisan Prof. tersebut, jelaslah konsep kebebasan bersuara adalah bukan suatu konsep yang ganjil dan tidak diiktiraf dalam Islam, malahan sebaliknya.
Keunggulan Internet sebagai alat komunikasi yang canggih seharusnya tidak dipandang sebagai satu ancaman. Kebebasan bersuara yang sekarang dipraktikkan dalam dunia siber di Malaysia mampu membawa banyak kesan yang positif. Ia dapat melahirkan rakyat yang celik dan cerdik, yang terdedah kepada perkembangan, pemikiran, idea-idea yang terkini dan ini menyemarakkan lagi budaya ilmu dan fikir di kalangan masyarakat.
Amalan penapisan berpolitik dan menapis ideologi hanya akan melahirkan generasi yang tidak mampu berfikir secara kendiri, waras dan bijak. Malah kebanyakan pengguna IT lebih canggih dan berkemampuan untuk membezakan antara yang benar dan salah. Kebimbangan bahawa perang ideologi di dalam Internet membahayakan orang awam sepatutnya tidak timbul sama sekali dalam alaf baru ini.
* Artikel ini diambil dari KERTAS kerja yg dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Harun Mahmud Hashim, Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM )...

Sunday, September 6, 2009

UJIAN DARI ALLAH TANDA KASIH SAYANG..

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan melalui kesenangan dan kemewahanlah yang menjadikan punca rosaknya kebanyakan manusia pada hari ini.sebaliknya orang yang dididik dengan kesusahan dan kepayahan akan menjadikan manusia yang beragama berjaya dalam hidup.Ini adalah lumrah kehidupan sebagai makhluk-Nya didunia ini. Itulah kebenarannya.Dan kalau kita manusia nampak rahsia ini, apalagi Allah s.w.t Tuhan yang menciptakan kita.Dia amat lah tahu bahawa demi menyelamatkan seorang manusia, caranya ialah susah-susahkan,diuji, dihukum dan diberi tanggungjawab yang berat dan penting..itulah tanda sayang dan cinta yang sebenarnya.

Nabi kita sendiri, Muhammad s.a.w diburu oleh kaumnya untuk dibunuh, yatim piatu, tidak tahu membaca dan menulis.Menjadi pengembala kambing dan berkali-kali memasuki medan peperangan.
Orang –orang yang tinggi darjatnya disisi Allah maka merekalah yang paling berat ujiannya.Orang yang mengaku beriman ,dan beramal tetapi ujian-ujian tidak banyak menimpa dirinya,bererti Allah belum memberi perhatian istimewa kepadanya.Orang yang disayangi oleh Allah swt akan diuji dan dihukum oleh Allah tanpa ditangguh-tangguh lagi.
Kebanyakan daripada para nabi, oleh kerana melakukan amalan yang menyalahi (khilafulaula), terus ditegur bahkan dihukum oleh Allah, walhal perkara ini bukanlah membawa dosa.Rasulullah saw pada suatu ketika pernah tidak melayani Abdullah Bin Maktum yang buta matanya kerana membesarkan pembesar-pembesar Quraisy yang datang mengadapnya.
Allah terus menegur di mana teguran itu diabadikan di dalam Al-Quran dengan maksudnya,: “Tahukah kamubarangkali ia ingin membersihkan dirinya atau dia ingin mendapatkanpengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya”
Begitu juga Nabi Sulaiman ,kerana tidak menyebut Insya-Allah maka Allah telah menarik segala kemampuannya untuk menghubungi 99 orang Islam dalam satu malam.Nabi Yunus pula, oleh kerana merajuk dengan kaumnya terus mendapat hukuman, iaitu dimakan olh ikan Nun.
Kisah –kisah tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah swt akan memberikan teguran dengan segera kepada hamba-hamba yang kasihinya agar mereka segera menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan segera memperbetulkannya.Hal yang sama juga berlaku ke atas diri kita.
Oleh itu bagi kita,terutamanya orang –orang yang banyak beribadah, berzikir dan berjuang, maka sememangnyalah akan selalu diuji oleh Allh swt.Ujian boleh menghapuskan dosa atau menaikkan darjat di sisi Allah swt.Sentiasalah kita memperingati diri bahawa segala kesusahan yang menimpa kita adalah ujian dari-Nya ,kerana sesudah nya ialah nikmat pula.Sebaliknya apabila diberi nikmat beringatlah kerana bahawasanya sesudahnya ialah ujian.
Maka marilah kita sebagai hamba yang berada antara dua pemberian ini, menerimanya dengan penuh sabar,syukur tawakal redha dan berbaik sangka dengan Allah swt. Moga – moga Allah menyambut kita dengan sebaik-baiknya, di hari pertemuan dengan-Nya nanti.Iaitu di hari perhitungan untuk di hisab segala perbuatan baik dan jahat yang telah kita lakukan. DIPETIK DARI DZUL NURAIN (APR 03)

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang
Berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy.
Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.



Allah ciptakan hamba-hambanya yang pintar. Mereka meninggalkan dunia dan menghindari fitnah. Mereka melihat dunia dan isinya. Takkala mereka tahu, mereka menggangap dunia ini bukanlah tempat tinggal yang abadi. Bagi mereka dunia tidak ubah seperti samudera yang sangat dalam dan bahteranya adalah amal soleh dan iman.

Wanita Solehah
Penghibur Hati
Wanita solehah
Sentiasa tenang jiwanya
Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan
Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah;
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua :
tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman
Berwaspada dengan firman Allah :
" Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap
cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah Tuhan selain Aku

Saturday, August 8, 2009

kehidupan

salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat..
"kehidupan"...memeng susah untuk kita laluinya...waktu kecik-kecik dulu kita masih boleh bersenang-lenang..x perlu nak fikirkan apa-apa lagi..tapi bila umur dah meningkat remaja sikit-sikit dugaan datang dan mematangkan kita..zaman kanak-kanak dulu bila x dapat barang yang kita nak, kita akan menangis sampai kita dapat barang yg kita nak...tapi bila dah remaja ni, kita kena berdiri di atas kaki sendiri..x boleh nak menangis dan bermanja-manja lagi..apa yang perlu dibuat adalah berusaha sampai kita peroleh kemenangan..bila dah masuk universiti banyak perkara yg aku jumpa dan mematangkan diri aku..kehidupan,kadang-kadang kita kat atas n kadang-kadang kat bawah..bila kat atas kita lupa pada Allah yang maha berkuasa...bila kita tersepit baru nak kembali pada Allah..itulah yang dikatakan manusia..ada yg langsung x igtkan Allah SWT... berdoalah agar kita tidak dimatikan dalam keadaan yang kufur..nauzubillahi min zalik..

Sunday, July 26, 2009

As syahid Imam Hassan Al Banna

Imam Hassan Al Banna merupakan seorang tokoh pejuang islam yg unggul abad ini.Beliaulah yg mengasaskan Ikhwanul muslimin di mesir.sejarah telah membuktikan bhwa dia bukan sahaja seorang pejuang yg ikhlas dalam perjuangan tetapi juga merupakan salah seorang daripada pejuang syuhada yg terkorban dalam perjuangan.

Beliau dilahirkan pada tahun 1916 di Almahmudiah,Buhairah utara Mesir.Beliau berkahwin dgn salah seorang wanita berketurunan As-Shuli di Ismailiyyah dan telah dianugerahi seorang putera tunggal dan lima orang puteri.

Beliau belajar membaca,menulis sehinggalah dapat menghafaz Al quran di slah satu pusat pengajian swsta di mesir.kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah di Al Mahmudiah atau Al-ibtidai'yyah sekarang.Lalu As-Syahid melanjutkan pelajaran ke sekolah mua'llimun pertama di Damanhur.Terakhir sekali belaiu telah melanjutkan pelajaran ke Darul Ulum di Qaherah dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1927 dalam usia 21 tahun.

Kemudian dia telah berkerja sebagai guru di sekolah Ibtidai'yah
sejak 20 September 1927 selama 19 tahun.sepanjang masa itu di samping kegiatan mengajar di pagi hari,beliau giat berdakwah di petang hari dan hari-hari cuti.beliau menggunakan masa terluang untuk menjelajah seluruh negeri demi menyampaikan dakwah Islam.pada bulan mei 1946 beliau menggundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru pemerintah.

Tanggal 12 februari 1949 adalah hari yg cukup tragis bagi umat seluruh dunia apabila As Syahid Imam Hasan Al Banna telah di tembak mati oleh tangan-tangan kotor yg menjadi musuh islam di depan gedung Jami;ah Syubbanu Muslimin.Tembakan jahat itu sebenarnya tidak mengenai sasaran yang boleh mematikan.melalui telefon beliau dibawa ke hospital,namun apabila sampai di sana beliau tidak mendapat rawatan yg sepatutnya.As-syahid tetap dibiarkan sehingga lukanya banyak mengeluarkan darah yg akhirnya membawa menemui Penciptanya,Rabbul Jalil iaitu ALLAH SWT yg dicintai lebih dari segala-gala yg dicintainya…

"Pada tanggal 12 hb. Februari ditahun 1949, Al-Imam Hasan Al-Banna telah pulang ke rahmatullah sebagai syahid setelah ditembusi peluru kekejaman rejim Raja Farouk di suatu tempat di negeri Mesir. Dalam peristiwa tersebut, Raja Farouk iaitu pemerintah Mesir pada ketika itu telah menjadi perhatian utama masyarakat, dalam dan luar negeri Mesir sehinggakan kejatuhan beliau (Raja Farouk) dari singgahsananya 3 tahun selepas itu antara lainnya adalah akibat dari darah yang mengalir dari tubuh Hasan Al-Banna yang amat dicintai rakyat itu.

Menurut cerita dari Saiful Islam (putera kepada Hasan Al-Banna): "Pada pagi hari, aku berdua dengan datukku sajalah menghadapi jenazah ayahku. Tiba- tiba dengan perasaan kesedihan, datukku mengangkatkan kedua tangannya arah ke langit, lalu berdoa, doa dari hati yang teraniaya: "Oh, Tuhan! Timpakanlah kehinaan kepada Raja yang zalim ini, hina yang tidak akan merasai kehormatan lagi sesudah itu".

Akhirnya Raja Farouk telah dijatuhkan dari takhtanya dan diusir dari Mesir secara hina pada bulan Julai 1952. Mati harimau meninggalkan belang, mati gajah meninggalkan gading, demikian bunyi peribahasa. Peribadi dan perihidup Hasan Al-Banna terus dipelajari, diteliti dan digali kembali dari kuburnya walaupun beliau sudah tiada lagi didunia ini.

Walaupun Al-Imam Hasan Al-Banna telah disingkirkan secara kejam, namun ajaran Al-Ikhwanul Muslimin yang beliau tinggalkan tetap utuh dan telah menimbulkan kesedaran baru di seluruh alam Islami, semakin hari semakin berkembang.

Tidak syak lagi, Al-Imam Hasan Al-Banna merupakan seorang pemuda Islam yang dinamik, seorang mubaligh dan jurudakwah yang lincah, seorang guru, pendidik dan pengasuh yang pandai, seorang pejuang dan pemimpin yang cekap dan giat menegakkan agamanya walaupun berhadapan dengan seribu mehnah dan rintangan.

Semoga beliau akan ditempatkan bersama dengan para syuhadak sebagai balasan terhadap pengorbanan besar beliau dalam memperjuangkan Islam. Sekian, wassalam."

Istimewanya insan bergelar wanita



Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah bahawa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita.




Syukur kita kepada Ilahi...

1.Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1 000 lelaki yang tidak soleh.

3.Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.

4.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

5.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan haramnya api Neraka ke atas tubuhnya.

6.Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti sedekah. Dan hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7.Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah" yang bermaksud: "SegAla puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."
Maka, Allah menetapkan dia bebas dari Neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim, aman dari seksaan, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat seperti 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah saw di dalam syurga

9.Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua anak saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dengan mendidik dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka
baginya adalah syurga.

10.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu ia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Nereka."

11.Syurga di bawah telapak kaki ibu.

12.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu Neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, Malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya (serta menjaga sembahyang dan puasa).

15.Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah saw siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" jawab baginda. "Suaminya" "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" jawab baginda "Ibunya."

16.Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk Syurga dari mana saja yang dia kehendaki.

17.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

18.Apabila sesorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1000 kejahatan.

19.Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20.Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.

21.Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat pada malam hari.

22.Apabila seseorang perempuan mula jatuh sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatakan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

23.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah kurniakan satu pahala haji.

24.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
"

Friday, July 17, 2009

Perjuangan dan pengorbanan

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi...hidup x bermakna kalau xde ujian..tapi bila kita menempuh ujian tu rasa sangat berat utk memikulnya...Hari ni aku ditaklifkan sebagai setiausaha bagi Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...Taklifan yang diberikan ini membuatkan aku menangis bila memikirkannya..Dalam keadaan aku yang x terurus makan minum, kerja yang semakin banyak disandarkan kepada aku,kuliah, assignment dan macam-macam lagi membuatkan aku hilang fokus pada akademik yang selalu menjadi keutamaan dalam hidup aku...Banyak perkara yang terpaksa aku korbankan..Pada sem 1 di UM aku mampu utk mendapat result 4.0, tapi pd sem 2 result aku sudah mula jatuh dgn mendapat 3.7...Aku takut kalau result aku terus jatuh,Na'uzubillah... aku akan menghampakan banyak pihak yang senantiasa mahu melihat dan mendokong aku agar terus meraih kejayaan..Mungkin suatu masa dulu, aku pernah bergelar 'Best Student' selama 2 tahun..tapi masa sudah berubah..Aku takut aku x mampu utk memikul semua tanggungjawab yg diberikan pada aku..Masih ramai orang yang menilai aku mampu utk memikul semua beban ini...Tapi hakikatnya aku x mampu..aku penat, sakit tapi hanya aku dan Allah yang tau..dari segi luaran mungkin aku kuat, tapi aku x tau berapa lama aku mampu bertahan..Hari ni aku rasa sakit seluruh badan..mungkin kerana terlalu penat...Barangkali inilah ujian yang Allah tetapkan untuk aku..Buat masa ni aku sangat-sangat perlukan bantuan sahabat2 sekelilingku...betullah kata senior2ku, dalam perjuangan kita xkan dihamparkan dengan karpet merah...yang ada cuma pengorbanan...kita mesti kuat mental dan fizikal...ni semua membuatkan aku berfikir semula ttg hikmah yang mungkin tersembunyi disebalik semua ini...Universiti Malaya x kan aku lupakan..di sinilah aku ditarbiyah dan menimba banyak pengalaman hidup..Aku hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa melindungi diriku, dan aku tabah utk menghadapi semua ini...Aku akan ingat sampai bila-bila yang aku hidup dan mati kerana Allah..Biarlah aku mati di jalan Allah dan aku sempat berbuat sesuatu utk islam dan umatnya..agar bila aku menghadap Allah nnt, aku ada sesuatu utk menjawab persoalan apakah yang sudah aku lakukan utk islam..Ya Allah ampunilah segala dosa yg aku lakukan..aku lemah dan aku lupa yg ujian ini hanya sementara..aku akan cuba menghadapinya dgn sebaik mungkin..bimbinglah aku dijalanMU...

Apa nak jd ngan wanita skrg...

WANITA,
makhluk yg dicipta oleh Allah sbg pelengkap hidup..
kdg2 terfikir gak, knp iman wanita terlalu rapuh?
wanita ni dah luput rasa malu ke?
malu ke kita kalau org anggap kita kolot atau konservatif bila kita pertahankan kesucian dan harga diri kita yg merupakan mahar yg sgt mahal harganya?
memang,
kita x bleh salahkan wanita 100%,
ada perkara yg terjadi bukan sebab kehendak wanita tu, tapi...
knp ada gak wanita yg jahil sgt coz dgn mudah je serah diri...
islam dh angkat martabat wanita kat tmpt sebaik2nya..
knp wanita ni x hargai lg??
perlu ke lelaki n wanita bukan mahram ni berpegang2 tgn, belai-membelai bila dh 'couple'??
kpd wanita2 kt luar sana,
bangkitlah dan jadilah kaum berilmu lagi beriman..
berilmu tanpa iman sia-sia,
dan sia2 gak kalau wanita ni terkenal dlm peratusan tinggi kt universiti tapi akhlak kt tahap minimum...
kita kena ingat!!
mulianya seorang wanita tu,
bukan pada kecerdikan, kedudukan, kecantikan atau kemasyhuran,
tapi..
pd akhlak, harga diri, berilmu n patuh pd segala larangan dan suruhan ALLAH..
wanita tu perhiasan dunia..
kita kena lah jadi semahal-mahal perhiasan..
supaya x de org boleh sentuh, pegang, dan memperlakukan kita sesuka hati..
pertahankan selagi termampu..
mudah-mudahan kita jadi kaum yg sentiasa diberi perlindungan ALLAH SWT...
Aminn...

Sunday, July 5, 2009

Minggu Add-drop..

"Ya Allah...peningnya.." perkataan pertama yang keluar pada minggu yang sangat busy..biasalah,setiap mahasiswa pasti akan rasa tertekan bila bukak je sem baru macam-macam masalah yang timbul waktu minggu add-drop subjek ni..subjek x buka,penuhlah,bertindih dengan jadual exam la dan macam-macam lagi..'kena pandai kawal emosi' bak kata kawan-kawan la...sem lepas selalu berada di zon selesa sekarang bila Allah nak uji mula mengeluh..nampak sangatlah manusia ni memang tak pernah bersyukur..
Sem ni mmg penuh dengan dugaan..sem ni bermulalah tugas dan tanggungjawab yang sangat besar untuk sebuah perjuangan mengharapkan keredhaan dari Allah SWT. Aku bersyukur kerana walaupun dibuang dari kolej kediaman tapi aku masih mampu untuk meneruskan kehidupanku di kampus dengan bantuan dari sahabat yang merupakan anugerah paling berharga dari Allah untuk hamba yang sentiasa alpa seperti aku.Alhamdulillah,dan aku mohon agar ukhwah kami kekal hingga ke syurga..
Sewaktu kakiku melangkah ke kolej kediaman Tun Ahmad Zaidi,aku berjumpa dengan pengetua kolej dan bertanyakan tentang rayuan kemasukan kolej...pernah juga terdetik di hati untuk bertanya pada pengetua kenapa aku dibuang dari kolej..aku dibuang tanpa aku tahu apa alasannya..bila difikirkan balik mungkin aku dibuang kerana mulutku yang agak tak bertapis ni yang dengan lantangnya menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati sewaktu tinggal di kolej tersebut selama tempoh satu tahun..perkara yang salah aku takkan diamkan..dan padahnya aku dibuang dari kolej walaupun aku komit dengan program-program kolej dan mendapat result yang cemerlang bagi setiap sem..
Inilah yang dikatakan perjuangan..manusia memang susah untuk menerima teguran dan kesilapan diri..perjuanganku takkan berhenti di sini..ada hikmah yang sangat aku hargai tersembunyi di sebalik semua ni..Terima kasih ya Allah kerana selalu melindungi diriku yang sangat lemah ni..semuanya mengajar aku tentang siapa aku di dunia ni dan menjadikan diriku lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan...Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..